Jumaat, 18 Jun 2010

Suatu Masa Part 2: Seperti Dulu...

Malam semakin kelam, sekelam perasaan ini. Aku tak tahu apa lagi yang mampu aku katakan. Erin telah nekad, untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Kalaulah..kalaulah aku boleh kembali ke masa lalu, mungkinkah tangan ini kuhulurkan untuknya?

“Masa Erin jatuh hari tu, tak ada siapa yang nak bangunkan Erin. Cuma Papa dan Mama yang setia bersama Erin. Kawan-kawan entah ke mana. Erin dah hilang segalanya”, dengan penuh perasaan gadis itu meluahkan isi hatinya.

Aku terdiam. Mungkin ada betulnya kata-kata Erin tapi aku tidak mahu menegakan benang yang sedia basah. Membunuh diri, walau atas dasar apa pun tetap salah di sisi agama. Kenapa aku tidak ditemukan dengannya lebih awal dari yang sepatutnya? Mungkin takdir ada sebabnya, dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti kita mampu mengapai pelangi di awangan.


“Erin, mungkin benar apa yang awak katakan. Tapi itu dulu. Sekarang awak ada saya. Kalau awak jatuh, saya akan sambut awak. Kalau awak lupa, saya akan ingatkan awak. Kalau awak tidur, saya akan kejutkan awak. Kalau awak malas, saya akan paksa awak menjadi lebih rajin. Kalau awak takut, saya akan sentiasa bersama awak.”aku menjawab tanpa berfikir terlebih dahulu. Kata-kata ini keluar ikhlas dari sudut hatiku, dan aku sendiripun tidak tahu mengapa ini terjadi.

Erin tersentak. Mungkin terkejut, atau tidak percaya dengan penyataan sekukuh itu. Dengan perlahan, dia berkata “Mengapa awak nak buat begini? Siapa saya pada awak?”

“Saya buat begini, alasannya Cuma satu sahaja, kerana….”aku tak ,mampu menghabiskan ayat-ayat terakhir ini, mungkin kerana aku tidak berpengalaman luas dalam bidang ini.

“Kerana apa, kerana saya ni bodoh kan?”Erin menjawab dengan nada yang sedikit tinggi.

“Ya, awak memang bodoh. Tapi saya lebih bodoh dari awak Saya bodoh kerana saya suka orang seperti awak.” Itulah penyataan cinta pertama yang keluar dari bibirku ini, dan aku lansung tidak menduga penyataan itu dimiliki oleh seorang gadis yang tidak ditakdirkan untuk ku. Namun, aku telah nekad. Hari seperti ini tidak akan berulang lagi. Aku masih teringat kata-kata seorang pensyarahku dahulu iaitu Professor Mohd. Affendy. Beliau berkata” Kalau awak nak kan sesuatu, awak mesti cuba untuk mendapatkannya. Kalau awak berjaya, makna awak menang.tapi kalau awak gagal, awak tak kalah. Sekurang-kurangnya awak telah mencuba. Dalam hidup manusia mesti berani.”

Itulah kata-kata Professorku suatu masa dahulu, namun ayat itu ditujukan untuk perkara lain, bukannya untuk kisah cinta antara dua alam ini.

Erin tertunduk malu. Dalam keredupan sinar cahaya rembulan, aku sudah tidak mampu mengawal perasaan ini. Dialah gadis pilihanku, namun apakan daya hati ini tidak mampu memilikinya. Dia bukan ditakdirkan untuk aku, namun …….hati ini tetap mengatakan sebaliknya.

“Awak pasti ke dengan penyataan awak ni? Awak tak akan menyesal kemudian nanti?”Kata-kata Erin menyebabkan aku keliru. Dia seolah-olah mengatakan hubungan antara kami mungkin terjalin.

“Saya tak tahu. Kata-kata tu keluar ikhlas dari hati saya. Orang pernah kata, cinta boleh membuat seseorang tu jadi bodoh. Cinta adalah misteri. Kita hanya manusia. Tak berdaya melawannya” Perkataan manusia tu tak sepatutnya aku keluarkan kerana dalam hal ini hanya aku yg manusia, Erin pulak hantu! Hari ni nampaknya aku memang sengaja nak cari nahas gamaknya.


Erin tersenyum. “Awak memang pelik lah. Patut le ramai yang suka awak, Cuma awak yang tak perasan jer”

Aik, dia nie kenal aku ke? Kata-kata itu terpacul dalam hati aku. Gadis@hantu ini penuh misteri. Sebelum aku sempat bertanya, Erin menambah,” Mungkin awak pelik dgn kata2 saya, tapi sebenarnya kita dah lama kenal. Cuma sikap pemalu awak yang menghalang kita dari bersama, Seperti Dahulu”

Perkataan itu membuatkan aku tersentak kerana ia membawa erti yang sangat mendalam kepadaku. Bagi orang lain, aku mungkin orang yang serba sempurna namun jauh di sudut hati ini, aku tahu aku masih menanti seseorang untuk mengisi kekosongan di hati.



Bersambung…….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan