Jumaat, 18 Jun 2010

Di Sebalik Kenyataan

Kenyataan ,satu perkataan yang cukup indah tapi pahit bila mengenangkannya.Aku bukannya orang biasa yang sering tunduk pada kenyataan tapi akhirnya perlu ku akui yang prinsipku selama ini telah diungkaikan oleh seorang lelaki bernama Iblis a.k.a hantu(aku pun lelaki jugak).

Hari tu ,kalau tak silap aku mungkin 13 Jun . Satu tanggal yang menarik kerana hari itu adalah hari jadi aku.Aku tak tahu macam mana nak sambut hari nie ,so aku ronda-ronda bandar Kota Bharu.Sedang aku membawa kereta dengan gaya yang silih berganti,aku terlihat kelibat seorang lelaki yang sedang pengsan di tengah jalan.Yang pastinya itu bukan adik aku sebab adik aku dah balik ke hostel.Aku mem"brek" kan kereta di tepi jalan untuk melihat dengan lebih dekat.Aku cuba membangunkan lelaki tersebut tapi tidak berjaya.Aku ingat mungkin dia nie mabuk kot.Aku cuba lagi ,kali ni dia bangun dan bertanya dimana dia berada.Aku menawarkan pertolongan untuk menghantarnya pulang dan disambut dengan baik.

Lelaki tersebut , Azri bertanya dimana dia berada.Aku heran.Takkan mamak nie tak tau dia landing kat Tjg. Chat .Mungkin dah teruk sangat mabuk budak nie.Tapi , akibat prinsipku yang menolong sesiapa sahaja , aku pun menjawablah dengan nada yang cukup baik ....

"Kau sekarang kat Tanjung Chat nie.Macam mana kau tak perasan ?

"Tanjung Chat yer ..Ingatkan dah sampai kat rumah"kata Azri.

"Rumah kau kat maner,"aku bertanya lagi.

"Kat depan tu jer , kau pandu terus , lepas tu belok kanan,terus sampai" katanya ,berlagak macam la aku nie driver dia.

Jalan terus dan pusing kanan ? Kan kat situ tanah perkubur ..an?Budak nie betul ker tinggal kat sana ? Setahu aku la kat situ tanah mati..Banyak sangat benda2 pelik sampai tak ada orang nak tinggal kat situ.

Aku teruskan bawak kereta.Azri aku lihat makin tersenyum.Aku makin pusing.Aku tak percaya pada hantu.Aku tak pernah lihat hantu.Kenyataannya,aku BUKAN TAK TAKUT HANTU.Tapi , budak sebelah aku nie nampak pelik jer.Makin dekat dengan tanah mati tu , makin dia gembira.Akhirnya , sampai jugak kitorang kat sana.

"Terima kasih sebab hantar saya.Jemputlah kerumah.Kitorang sedang kenduri nie."Kata Azri,mempelawa dengan ikhlas.

Kau ingat aku bodoh ke ?Mana ada orang kenduri dalam hutan nie ? Tak pun, kau nak kenduri aku ? Habis ! lebih baik aku blah sekarang.

"Takpelah , hari nie saya puasa !".Bodoh sekali alasan aku.mana ada orang puasa malam hari ,tapi tu jer alasan yang keluar dari mulutku.

"Yer ker ? kalau macam tu takpelah...haaaa.aaa..aaaa.haaaaa".Azri ketawa dengan kuatnya dan melayang ke angkasa.

Haaaa.aaa..aaaa..aaaaa

Aku tak pikir lagi .Aku cuba hidupkan kereta,tak berjaya.Tiba-tiba,aku lihat warga kubur bangun dari penjara yang memenjara mereka.Semuanya menuju ke arah aku .Aku panik. Ya Allah ! selamatkanlah hambamu ini.Suara tangisan bayi kedengaran.Serigala mengila di pergunungan.Anjing menyalak tanpa henti.Dan aku , terpenjara dalam suatu kenyatan yang aku ragui sebelum ini.

Nukilan Rasa , Jin_Kampung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan