Ika Hayati , seorang peguam muda yang berjaya dalam hidupnya.Dalam usianya yang masih muda,dia telah berjaya memilikki segala-galanya.Itulah yang difikirkannya selama ini sehinggalah satu tragedi menyedarkan Ika bahawa harta bukan segala-galanya.
Hari itu , mungkin Ika terlupa atau mungkin "fate has it own way to show its power".Ika memandu sendirian , menuju ke satu destinasi iaitu Villa Kencana.Villa itu menjadi rebutan dua pemilik yang mengaku mempunyai hak ke atas rumah itu.Ika ,sebagai seorang peguam,perlu menyelidiki sendiri hal tersebut,jadi dia pun bertanya penduduk sekeliling tentang pemilik rumah itu namun nasibnya malang , kerana tidak ada seorangpun yang sanggup membuka mulut.Mungkin mereka takutkan sesuatu ,tapi Ika sendiri tak pasti.
Akhirnya ,dari seorang wanita itu , Ika mendapat sedikit petunjuk mengenai Villa itu,dan ianya amat mengejutkan.Villa Kencana,suatu masa dahulu adalah dikenali dengan nama " Villa Kematian" .Mendengar nama itu , Ika kecut perut,tapi dia tetap memberanikan dirinya yang memang penakut tu.
Suatu masa dahulu Villa Kencana dimilikki hartawan Haji Syed Ikbal ,dan dia tinggal bersama isteri dan 3 orang pembantu rumahnya.Kehidupan mereka bahagia ,sehinggalah satu tragedi aneh berlaku.Secara tiba-tiba , kesemua penghuni rumah itu menghilangkan diri.Seluruh pendudk kampung gempar .Khabar angin meletus bagai air mencurah.Ada yang mengatakan mereka lari dari hutang , tak kurang juga yang mengatakan mereka semua diculik bunian.Selepas siasatan pihak polis , tiada bukti mahupun bukti untuk menunjukkan dimana mereka berada.Kes itu menjadi meisteri sehinggalah 3 bulan selepas itu,satu bau busuk menyelubungi satu kampung.
Semua orang pelik.Bau itu datang dari rumah Haji Ikbal.Dengan penuh nekad,penduduk kampung menyelidiki rumah itu dan apa yang mereka temui mengejutkan.Di satu ruangan bawah tanah terdapat 5 mayat yang telah reput .Kini , satu misteri telah terungkai,tapi timbul satu misteri baru ,siapa yang membunuh kelima-lima penghuni rumah itu ?
7 tahun berlalu , penghuni baru berpindah ke situ.Encik Hasyim , seorang peguam yang berjaya dan baru mendirikan rumahtangga berpindah ke Villa itu untuk kesenangan isterinya.Kehidupan mereka juga bahagia.Namun ,pada satu malam , penduduk kampung dikejutkan dengan satu tangisan yang cukup nyaring,datangnya dari Villa Kencana.Dengan pantas,penduduk kampung menuju kesitu ,dan apa yang ditemui memeranjatkan.En. Hasyim kelihatan sedang memegang kepala isterinya yang telah terputus dari badannya.Tangan En. Hasyim terketar-ketar.Penduduk kampung menangkap En.Hasyim kerana menyangka dia membunuh isterinya.Sewaktu dalam penjara,En Hasyim asyik menjerit dia tak bersalah,tapi "benda" tu yang bunuh isterinya.En. Hasyim dihukum gantung,dan sehingga akhir hayatnya dia tetap mengatakan dia tak bersalah.
Ika diam.Dia menelan air liur.dalam hati , Ika berkata,"Aku nie peguam , semua kes aku boleh handle , tapi yang nie lebih baik aku cabut.Lantak dioranglah nak bergaduh ker , apa ker .Dari cari susah , lebih baik aku jangan campur hal ghaib2 nie"
Keputusan Ika muktamad.Dia tak akan campur hal perebutan Villa itu.Kalau clientnys masih nak tuntut "Villa Kematian "tu , lantak dialah.
Keputusan Ika tepat.Tak lama selepas itu , terdapat berita bahawa dua orang lelaki meninggal di Villa itu.Khabar angin mengatakan mereka saling bunuh-membunuh untuk merebut hak rumah itu,tapi Ika tahu ada satu rahsia di sebalik semua ini tapi biarlah dia mendiamkan diri ,seperti orang lain.Kadangkala , membisu adalah lebih baik dari bersuara.
Nukilan rasa , Bekas Peguam (Jin Kampung)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan