Jumaat, 18 Jun 2010

Aku Samseng Kampung Part 1: Al-Kisah Seorang Samseng


(Kisah ini ditujukan teristimewa kepada sahabat-sahabatku Lan, Doni dan Juki, walau mana pun korang berada jgn lupa aku kat sini. Kisah nie adalah pengalaman kita bersama dan tidak akan lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.- )

Kisah seram ini berlaku ketika umat Islam sedang sibuk mengerjakan ibadat puasa.Malam itu , kalau tak salah aku laa hari ke-13 umat Islam berpuasa , so aku dan geng pun ingat kata orang tua-tua yang hantu semua kena 'cekup' masa ni.So,kitorang pon ambiklah kesempatan nie merajai tapak perkuburan puaka berdekatan dengan bekas kubu askar Jepun suatu masa dulu.Malam itu , aku , Doni , Lan dan Juki bercadang nak main mercun sampai larut malam , lepas tu kitorang cadang nak 'kiyamullail' kat kubur tu...rancangan yang nampak sempurna pada awalnya rupanya satu perangkap syaitan yang amat mengerikan..

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam . Ketika kitorang sedang mencari tempat untuk me 'landing' kan punggung kitorang nie , tiba-tiba kitorang terbau satu haruman yang luar biasa .Yang pastinya itu bukan haruman milik Siti Nurhaliza mahupun Erra Fazirra . Dalam keadaan tertanya-tanya , Doni terkentut.....haruman tadi diganti pula dengan haruman kentut Doni...kitorang gelak terkekeh-kekeh.....tapi...gelakkan kitorang tak kekal lama..habis sahaja aroma kentut Doni...bau harum tadi muncul kembali...kini semakin kuat...angin malam mula bertiup kencang...sekencang dengupan jantung kami...seumpama pecutan Michael Shumacher yang sedang mengejar Mika Hakkkinen...Tiba-tiba...satu cahaya samar-samar kelihatan dihadapan kami..yang pastinya itu bukan cahaya lampu suluh milik ketua kampung kami kerana lampu itu telah kami rembat 3 hari yang lalu....Aku cuba beranikan diri...tapi Doni dan Lan dah hilang semangat...mereka mengajak aku pulang tapi bak kata pepatah pahlawan Melayu Hang Tuah , "Pantang Berundur Sebelum Ajal "....Aku cuba membaca doa-doa suci tapi akibat kebodohan aku cuma Doa Makan yang aku ingat...doa makan pun jadilah asal aku tak kena kacau...

Kemalapan cahaya itu semakin pudar......semangat aku tetap kuat..seperti kuatnya tiang lampu jalan kat kampung aku yang tak tumbang lagi walaupun dah banyak kali aku tendang...Aku dan rakan-rakan menuju ke arah cahaya itu...ia membawa kami ke satu kubur beralamat :


Kubur Mak Teh Bomoh Siam....-Merawat segala penyakit batiniah dan zahiriah….

Kitorang terkejut sebab setahu kitorang kat Kelantan nie mano ado Bomoh Siam...Bomoh Golok tu ader laa...lagipun kampung kitorang tu kuat agama(selain kitorang jer)...takkan bomoh boleh cari makan....kitorang nie pulak..polis tak takut...penghulu pon boleh blah...tapi kalu bab bomoh2 nie tolong sikit...kitorang tak berani....ketika kitorang nak cabut Juki ternampak satu bungkusan atas kubur tu...Dia pon bukaklah..manu tau adeer duit ker...boleh lepas main judi ....takkpon buat beli cd "ehem" .....bila jer terbukak ikatan tu...satu ingailan(tangisan yg amat kuat-ikut Kamus yang diberi saudara Haniff) terdengar..rupanya dalam bungkusan tu terdapat satu kepala...bukan kepala kambing,apatah lagi kepala Alien...kepala tu kepala seorang perempuan yang amat jelita..macam Nicole Kidman..tak pun cam Nasya Aziz..


Lan pecut 100 meter..rasanya kalau lah ado time keeper mungkin rekod dunia Montgomery pon boleh pecah...Doni plak pitam terus...jatuh tersungkur dengan penuh machonya...Juki tak yah ceritalah...dengar jer bunyi ingailan(maksud spt di atas) tu, terus dia lari menyorok bawah reban ayam Pak Udin,tokey ayam yg selalu kena main dgn kitorang..ari tu meraso lah Juki betapa licin dan 'umph' nya tahi ayam kat situ...

Aku lak..mungkin korang tertanya-tanya apa terjadi kat aku....yer lah..dengan kemacholan,keeksyenan,keelegenan,dan kesamsengan aku nie apa lah yg aku buat ketiker tu...kalau nak tau terpaksalah korang tunggu 2 minggu lagi...aku tak paksa tau..nanti korang cakap kat mak bapak korang aku paksa...kalu aku tau dengan korang dengan mak bapak korang aku jual kat Siam...korang jgn main-main dengan aku...Kelantan tu aku yang punya...setakat polis tu tak payah nak celen aku...



*.amacam, lucu ker? tunggu sambungan tak lama lagi dalam :

Aku Samseng Kampung Part 2: Maruah seorang samseng
Aku Samseng Kampung Part 3 : Aku Masih samseng
Aku Samseng Kampung Part 4: Samsengkah aku ?
Aku Samseng Kampung Part 5: Berakhir satu perjalanan, insafnya seorang samseng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan