Jumaat, 18 Jun 2010

Suatu Masa Bahagian 1: Aku & Erin

Suatu Masa Part 1 : Aku & Erin

Kini umurku sudah menjangkau 19 tahun.Kata orang, umur macam nie lah kehidupan baru nak bermula.Aku tak pasti , aku tak kisah...bagiku ,kehidupanku tetap sama...rutin harianku takkan berubah walaupun masa dan keadaan berubah.itulah tanggapanku selama ini sehinggalah tiba "Suatu Masa" di mana aku bukan lagi aku. Mungkin cerita ini menjadi igauan bagi para pembaca namun bagiku, cerita ini satu pengalaman paling indah buat diriku.Aku tak pasti apakah ianya akan berulang kembali, namun aku hanya berharap agar dia bahagia disana, dan rohnya dicucuri rahmat .

Hari itu , tanggal 8 March...aku baru sahaja selesai menghadiri kuliahku . Aku berjalan menuju ke bus-stop sambil memikirkan tentang assingment yang diberikan oleh lecturerku...Jam menunjukkan pukul 7.30 malam.Inilah kali pertama aku balik pada lewat malam .Kebiasaannya , kuliahku tak pernah habis lewat,tapi hari ini mungkin takdir ingin menunjukkan kekuasaannya.Aku sendirian di Bus-Stop itu.Minit berlalu demi minit.Bas yang dinanti tak kunjung tiba.Dalam kepasrahan , aku tetap sabar menanti.Dengan tiba-tiba , aku tercium satu haruman yang rasanya pernah kutemui suatu ketika dulu.Aku mencari punca haruman itu.Rupa-rupanya ia berasal dari seorang gadis yang duduk di hujung bus stop itu.Aku kehairanan kerana sebelum ini aku pasti tiada orang disitu . Aku cuma tersenyum kepadanya dan dibalas dengan satu senyuman yang kurasakan sangat manis dan menawan . Aku melihat ke baju gadis tersebut . Perkataan USM tertera dengan jelas.Mungkin dia sama kampus denganku.Aku tak mahu berpikir panjang dengan hal itu.Aku kembali berfikir tentang assignmentku...akan tetapi bas tiba menyebabkan ideaku terbantut .Gadis itu juga menuju ke bas tersebut.Sebagai seorang yang boleh dianggap gentleman , aku berikan laluan kepada gadis itu....

Namun , nasib kami berdua sama-sama malang.Bas tersebut dipenuhi penumpang .So, terpaksalah kami berdiri.Yang bestnya,aku berdiri di belakang gadis tersebut ,so keharuman wangian gadis itu menusuk terus ke kalbuku.Aku tersenyum dan response yang diterima agak baik . Keayuan mata gadis itu menyebabkan aku terpaku.Buat pertama kalinya aku menjadi berani dengan sorang insan bernama Perempuan .Aku bertanyakan namanya,umur dan course yang diambilnya di USM.Dengan satu senyuman ,dia menjawab "Awak nak mengurat saya ker ? "..

Kata-katanya menyebabkan aku terpaku tapi sebagai bakal seorang peguam , aku membalas " Awak rasa awak sedang dimengurat oleh saya ker ? " .Kami sama-sama tergelak .

Rupa-rupanya akibat kejelitaan gadis tersebut aku lupa tentang sesuatu iaitu orang di sekeliling . Mereka asyik memandang aku,seolah-olah aku gila ataupun kurang siuman.Perbualan ku dengan Erin bertambah panjang...sehinggalah kami tiba di Kg. Wawasan , Erin meminta izin untuk turun ,dan aku mengambil kesempatan ini untuk menghantarnya pulang.Lagipun, rumahku tak jauh dari situ.

Aku turun , Erin pun turun.Kulihat wajahnya sedih .Aku bertanyakan masalahnya...Erin lantas bertanya, "Awak pernah gagal dalam hidup tak ?"

Aku pelik , tapi tetap kujawab soalan itu, "Gagal ? Kenapa awak kisah sangat tentang hal ni...awak sekarang kan mahasiswi USM.."

Erin tergelak.Dia menjawab,"Sebenarnya awak tak faham.Saya nie orang yang gagal.Dulu,saya impikan kerjaya doktor,tapi takdir tak mengizinkan.Saya gagal mencapai cita-cita tu."

Aku lagi heran.Kalau bukan jurusan doktor,apa course yang dia ambik kat USM.Tapi , dengan sedikit ilmu kaunseling yang aku ada , aku cuba memberikan nasihat, "Tadi kan saya dah kata...jangan kisah sangat tentang hal gagal atau tak.Selagi awak adalah awak , gagal atau tak awak tetap sama.Jadikan kegagalan semalam sebagai satu semangat untuk awak menghadapi hari esok".

Aku tak percaya.Sumpah aku tak percaya ayat tu keluar dari mulutku.Aku menyambung ,"Saya sendiri pun pernah gagal.Tapi saya tak pernah ambil pusing semua tu.Saya ni tak ramai kawan,terutama ladies macam awak nie.Bila saya menghadapi kegagalan,saya cuba hiburkan hati saya sendiri.Nak harapkan orang , tak payahlah..mereka cuma tahu nak kenakan kita , bila kita bermasalah lagi diorang malas nak campur."

Erin terkejut.Mungkin tak menyangka jawapan dariku sampai begitu sekali.Dia tersenyum.Dalam keredupan cahaya rembulan ,senyumannya cukup memikat.Hatiku berdebar-debar.Mungkinkah ini dinamakan cinta ?

"Erin rasalah,awak nie cukup matang,tak macam orang lain yang Erin bawa balik.Awak lansung tak sama dengan mereka".

"Macam org lain yg dia bawa balik ?" aik,dia nie org baik2 ker atau "***" ?

Aku confused ,tapi dia menjawab,"Sebenarnya ,Erin bukan Erin lagi.Erin dah meninggal suatu masa dahulu.Masa tu ,Erin tengah tunggu papa kat pagar USM ,tapi...." kata-katanya tersekat.

Aku bingung.Sumpah aku tak paham.Kalau dah meninggal , apasal ada lagi ..kot-kot..? alamak ,hari nie aku salah naik bas ker....pelik jer budak perempuan nie..

Erin menyambung "Masa papa datang ,Erin nak lintas jalan , tapi ada sekumpulan budak muda tengah lumba motor ,dan sorang dari mereka telah melanggar Erin.Erin tak mati , tapi kaki Erin lumpuh .Erin tak boleh jalan lagi !".Erin menangis.Aku sendiri turut hiba.Dajal betul budak-budak motor nie.Nak aniaya orang aje kerjanya.Tapi kan , kalau dia tak boleh jalan , skrng nie nampak okey jer ? Buat pembedahan kot ?

Aku bertanya,"Lepas tu, apa terjadi dengan awak ?"

Erin berpaling ,memandang bulan purnama yang memancarkan sinarnya di angkasa.Dengan langkah yang lesu,dia memulakan bicara,"Erin tak dapat jalan lagi.Impian Erin musnah.Erin tak dapat jadi doktor.Impian papa dan mama tak kesampaian.Erin tahu mereka sedih , tapi Erin tak dapat buat apa2."

Aku hiba.Nasib Erin tak sebaik ku.Walaupun aku tak ramai kawan , tapi aku tetap ada kawan yg menyokongku dari rebah.Tapi dia lain.Dia dah hilang pegangan hidup.Tapi,jika diberikan peluang,ingin aku muncul dalam dirinya,membantu sekadar termampu.

Erin menyambung,"Bila Erin dah tak tahan lagi ,Erin pun ambil satu keputusan...Erin..n.."

"Cukup tu ! Saya tak nak dengar lagi cerita awak",aku mencelah dengan pantas, .Aku berkata dengan lantang bukan kerana tidak mahu mendengar ceritanya, tapi hanya kerana aku telah dapat menduga kesudahan cerita itu.Seorang gadis,cantik,bijak,dan disayangi keluarga,tiba-tiba hilang segala-galanya,apakah yang dapat dilakukan selain"meninggalkan alam ini " ?Bodoh ,bodoh sekali tindakannya itu .Tapi ,emosiku perlu dikawal.Aku bukan berkelahi dengan gadis biasa,tapi gadis yang"supernatural"(hantu le tu).

"Kenapa awak bodoh sangat, hah ? Awak tahu tak yang awak dah menyusahkan semua orang , tak kisahlah kalau awak dah tak sayang nyawa awak , tapi bagaimana dgn papa dan mama awak ?Dapat ker mereka hidup tanpa awak ?",aku cuba memancing Erin supaya meluahkan terus perasaan hatinya padaku .

"Papa dan Mama ?"Erin memandangku terus.."Sebab sayangkan merekalah Erin buat begitu.Erin tak nak mereka jaga Erin sampai Erin mati.Erin dah banyak susahkan mereka.Erin dah tak sampai hati."

"Tapi , Erin ,.....Erin tak patut fikir macam tu.Bunuh diri tu salah Erin.Bumi tak terima jasad kita",Aku hiba lagi.

"Erin dan tak peduli semua tu.Berani buat ,berani tanggung.Erin tak harap orang lain tanggung dosa Erin.

Kata-kata Erin menyebabkan aku terdiam.Kami sama-sama mencari haluan diri,dalam kepekatan malam yang kuharapkan tiada penghujung.



Nukilan rasa, Jin Kampung.

Cerita bersambung disini. Ikuti sambungan kisah tragis ini dalam:

Suatu Masa Part 1: Aku & Erin
Suatu Masa Part 2: Seperti Dulu
Suatu Masa Part 3: Penantian Seribu Tahun
Suatu Masa Part 4: Aku Tetap Menanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan