Jumaat, 18 Jun 2010

Suatu Masa Part 2: Seperti Dulu...

Malam semakin kelam, sekelam perasaan ini. Aku tak tahu apa lagi yang mampu aku katakan. Erin telah nekad, untuk melakukan apa sahaja demi dendamnya. Kalaulah..kalaulah aku boleh kembali ke masa lalu, mungkinkah tangan ini kuhulurkan untuknya?

“Masa Erin jatuh hari tu, tak ada siapa yang nak bangunkan Erin. Cuma Papa dan Mama yang setia bersama Erin. Kawan-kawan entah ke mana. Erin dah hilang segalanya”, dengan penuh perasaan gadis itu meluahkan isi hatinya.

Aku terdiam. Mungkin ada betulnya kata-kata Erin tapi aku tidak mahu menegakan benang yang sedia basah. Membunuh diri, walau atas dasar apa pun tetap salah di sisi agama. Kenapa aku tidak ditemukan dengannya lebih awal dari yang sepatutnya? Mungkin takdir ada sebabnya, dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti kita mampu mengapai pelangi di awangan.


“Erin, mungkin benar apa yang awak katakan. Tapi itu dulu. Sekarang awak ada saya. Kalau awak jatuh, saya akan sambut awak. Kalau awak lupa, saya akan ingatkan awak. Kalau awak tidur, saya akan kejutkan awak. Kalau awak malas, saya akan paksa awak menjadi lebih rajin. Kalau awak takut, saya akan sentiasa bersama awak.”aku menjawab tanpa berfikir terlebih dahulu. Kata-kata ini keluar ikhlas dari sudut hatiku, dan aku sendiripun tidak tahu mengapa ini terjadi.

Erin tersentak. Mungkin terkejut, atau tidak percaya dengan penyataan sekukuh itu. Dengan perlahan, dia berkata “Mengapa awak nak buat begini? Siapa saya pada awak?”

“Saya buat begini, alasannya Cuma satu sahaja, kerana….”aku tak ,mampu menghabiskan ayat-ayat terakhir ini, mungkin kerana aku tidak berpengalaman luas dalam bidang ini.

“Kerana apa, kerana saya ni bodoh kan?”Erin menjawab dengan nada yang sedikit tinggi.

“Ya, awak memang bodoh. Tapi saya lebih bodoh dari awak Saya bodoh kerana saya suka orang seperti awak.” Itulah penyataan cinta pertama yang keluar dari bibirku ini, dan aku lansung tidak menduga penyataan itu dimiliki oleh seorang gadis yang tidak ditakdirkan untuk ku. Namun, aku telah nekad. Hari seperti ini tidak akan berulang lagi. Aku masih teringat kata-kata seorang pensyarahku dahulu iaitu Professor Mohd. Affendy. Beliau berkata” Kalau awak nak kan sesuatu, awak mesti cuba untuk mendapatkannya. Kalau awak berjaya, makna awak menang.tapi kalau awak gagal, awak tak kalah. Sekurang-kurangnya awak telah mencuba. Dalam hidup manusia mesti berani.”

Itulah kata-kata Professorku suatu masa dahulu, namun ayat itu ditujukan untuk perkara lain, bukannya untuk kisah cinta antara dua alam ini.

Erin tertunduk malu. Dalam keredupan sinar cahaya rembulan, aku sudah tidak mampu mengawal perasaan ini. Dialah gadis pilihanku, namun apakan daya hati ini tidak mampu memilikinya. Dia bukan ditakdirkan untuk aku, namun …….hati ini tetap mengatakan sebaliknya.

“Awak pasti ke dengan penyataan awak ni? Awak tak akan menyesal kemudian nanti?”Kata-kata Erin menyebabkan aku keliru. Dia seolah-olah mengatakan hubungan antara kami mungkin terjalin.

“Saya tak tahu. Kata-kata tu keluar ikhlas dari hati saya. Orang pernah kata, cinta boleh membuat seseorang tu jadi bodoh. Cinta adalah misteri. Kita hanya manusia. Tak berdaya melawannya” Perkataan manusia tu tak sepatutnya aku keluarkan kerana dalam hal ini hanya aku yg manusia, Erin pulak hantu! Hari ni nampaknya aku memang sengaja nak cari nahas gamaknya.


Erin tersenyum. “Awak memang pelik lah. Patut le ramai yang suka awak, Cuma awak yang tak perasan jer”

Aik, dia nie kenal aku ke? Kata-kata itu terpacul dalam hati aku. Gadis@hantu ini penuh misteri. Sebelum aku sempat bertanya, Erin menambah,” Mungkin awak pelik dgn kata2 saya, tapi sebenarnya kita dah lama kenal. Cuma sikap pemalu awak yang menghalang kita dari bersama, Seperti Dahulu”

Perkataan itu membuatkan aku tersentak kerana ia membawa erti yang sangat mendalam kepadaku. Bagi orang lain, aku mungkin orang yang serba sempurna namun jauh di sudut hati ini, aku tahu aku masih menanti seseorang untuk mengisi kekosongan di hati.



Bersambung…….

Aku Samseng Kg 2: Maruah Seorang Samseng


Hai...ari tu korang mesti dah baca cerita Aku Samseng Kampung...best kan..ari nie aku nak cerita satu lagi pengalaman aku dengan hantu..biasalah kan,orang famous macam aku nie ramai hantu nak jadi kawan..bukan aku ajak tapi diorang tu yang tak tahu malu.... Kali nie , aku dengan geng aku ( sapo lagi kalau bukan si Juki , Lan dan Doni tu ) ado rancangan baik punya.Lepas kitorang kena kecau dengan hantu cantik ari tu , kitorang decide nak revenge sama itu penduduk kampung.Berani diorang kutuk kitorang yer ..apa diorang ingat kitorang nie macam tunggul ker ? Kat kampung kitorang tu ada satu pokok tinggi punya , yang pastinya tu bukan pokok yang mak aku punya....bukan jugak pokok "nyor"(kelapa la tu).Hari tu , Doni rembat mak dia punya kain sembahyang..dajal betul budak Doni ni..dah ler dia tak sembahyang , sampai ati dia rembat kain mak dia..tak sembahyang ler jawabnya mak dia ari tu.. Tapi aku tak kisah..janji dendam terbalas......maner boleh simpan lama-lama ,kot-kot berkulat pulak.So ,disebabkan kehenseman dan kemacholah aku , maka akulah yang diberi mandat untuk pakai kain putih tu.Lepas pakai ,aku pon menyoroklah tepi pokok,budak2 lain jaga tengok orang.Tunggu punya tunggu,datang ler dua budak pompuan yang aku memang obsessed sangat.Nie ler aku punya chance nak takutkan budak nie..dulu jual mahal denga aku sangat...

Ina dan Shida berjalan ke arah pokok tu..tapi aku rasa pelik..apasal diorang jalan tak bunyi..pakai magic David Copperfield kot...tak pun diorang pinjam kasut tumit tinggi Kris Dayanti...tak kisahlah janji ku bahagia(cam lagu Melly tu).tup..tup..tupp... Bunyi tapak kaki dua budak cun tu mula kedengaran....aku pun keluar dari belakang pokok....tapi....aaaaaa...aaaa.a.a.a.a.aaaaa..aaaaa.aaaaaaaa

Satu jeritan kedengaran...yang pastinya itu bukan teriakan Shida mahupun Ina tapi tu jeritan aku....yang berdiri kat depan aku buikan lagi dua budak cun tapi Bomoh Mak Teh , hantu yang ari tu kejar aku...dengan wajahnya yang remuk kerana dilanggar kereta,tangan yang terputus dua....mata yang melayang , dia tersenyum memandang aku yang dah hampir terkencing dalam seluar...

Aku tak bodoh lagi...kali nie kau kacau aku lagi yer...dengan eksyennya aku membaca surah Al-Alaq ayat 1-19 ( ayat hafazan aku ler tu )...kalu dulu aku cuma tau baca doa makan,sebab tu kau nak makan aku..tapi kali nie tau laa nasib kau...

Aku start baca..tapi dek kerana terlalu takut,satu patah pun aku tak ingat...aku lupa..dulu kat depan Ustazah pun aku tau aku ingat,tapi sebab takut dan pressure ,aku jadi lupa...Al-Alaq jadi pelat.aku jadi bingung...Bomoh Mak Teh makin dekat...

Aku punya geng tak yah citer..ari tu diorang dah tinggalkan aku sorang2...kali nie pun sama...nampak jer hantu Mak Teh...terus diorang cabut...Doni terjun dalam tangki najis Tok Penghulu,abis badan bau wangi....Juki sama cam hari tu..dia kan jaguh pecut..tapi kali ni tukar jadi jaguh lompat jauh...parit dalam dia lompat macam tu jer.....lan pulak.....pengsan lagi...mungkin dia buat2 pengsan jer kut...

Dan aku , sebagai samseng kampung yang paling famous(kalau korang nak autograf tunggu lepas aku abih citer nie , yer ) dah abih akal....akhirnya keluarlah satu ayat yang memalukan diriku sendiri....tolong .tolong.tolong.tolong.tolong.....aku jerit minta tolong

Esok heboh lagi Kg aku...samseng hebat gila jatuh maruah....kena main lagi dengan hantu...aku dah tak peduli....biar diorang kata aku pengejut...aku tahu...selagi aku jadi samseng,selagi tu Mak Teh kacau aku...dia sebenarnya jelous dengan aku....sejak ari tu aku dah retire...tak nak jadi samseng lagi...aku nak jadi....orang baik2.....

Pesanan aku kat korang yang nak warisi bakat samseng yang ada pada aku nie , tak payahlah nak jadi samseng...tak dapat apa pon....aku dah serik...aku dah insaf...korang pun insaflah sama2.

Aku Samseng Kampung Part 1: Al-Kisah Seorang Samseng


(Kisah ini ditujukan teristimewa kepada sahabat-sahabatku Lan, Doni dan Juki, walau mana pun korang berada jgn lupa aku kat sini. Kisah nie adalah pengalaman kita bersama dan tidak akan lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.- )

Kisah seram ini berlaku ketika umat Islam sedang sibuk mengerjakan ibadat puasa.Malam itu , kalau tak salah aku laa hari ke-13 umat Islam berpuasa , so aku dan geng pun ingat kata orang tua-tua yang hantu semua kena 'cekup' masa ni.So,kitorang pon ambiklah kesempatan nie merajai tapak perkuburan puaka berdekatan dengan bekas kubu askar Jepun suatu masa dulu.Malam itu , aku , Doni , Lan dan Juki bercadang nak main mercun sampai larut malam , lepas tu kitorang cadang nak 'kiyamullail' kat kubur tu...rancangan yang nampak sempurna pada awalnya rupanya satu perangkap syaitan yang amat mengerikan..

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam . Ketika kitorang sedang mencari tempat untuk me 'landing' kan punggung kitorang nie , tiba-tiba kitorang terbau satu haruman yang luar biasa .Yang pastinya itu bukan haruman milik Siti Nurhaliza mahupun Erra Fazirra . Dalam keadaan tertanya-tanya , Doni terkentut.....haruman tadi diganti pula dengan haruman kentut Doni...kitorang gelak terkekeh-kekeh.....tapi...gelakkan kitorang tak kekal lama..habis sahaja aroma kentut Doni...bau harum tadi muncul kembali...kini semakin kuat...angin malam mula bertiup kencang...sekencang dengupan jantung kami...seumpama pecutan Michael Shumacher yang sedang mengejar Mika Hakkkinen...Tiba-tiba...satu cahaya samar-samar kelihatan dihadapan kami..yang pastinya itu bukan cahaya lampu suluh milik ketua kampung kami kerana lampu itu telah kami rembat 3 hari yang lalu....Aku cuba beranikan diri...tapi Doni dan Lan dah hilang semangat...mereka mengajak aku pulang tapi bak kata pepatah pahlawan Melayu Hang Tuah , "Pantang Berundur Sebelum Ajal "....Aku cuba membaca doa-doa suci tapi akibat kebodohan aku cuma Doa Makan yang aku ingat...doa makan pun jadilah asal aku tak kena kacau...

Kemalapan cahaya itu semakin pudar......semangat aku tetap kuat..seperti kuatnya tiang lampu jalan kat kampung aku yang tak tumbang lagi walaupun dah banyak kali aku tendang...Aku dan rakan-rakan menuju ke arah cahaya itu...ia membawa kami ke satu kubur beralamat :


Kubur Mak Teh Bomoh Siam....-Merawat segala penyakit batiniah dan zahiriah….

Kitorang terkejut sebab setahu kitorang kat Kelantan nie mano ado Bomoh Siam...Bomoh Golok tu ader laa...lagipun kampung kitorang tu kuat agama(selain kitorang jer)...takkan bomoh boleh cari makan....kitorang nie pulak..polis tak takut...penghulu pon boleh blah...tapi kalu bab bomoh2 nie tolong sikit...kitorang tak berani....ketika kitorang nak cabut Juki ternampak satu bungkusan atas kubur tu...Dia pon bukaklah..manu tau adeer duit ker...boleh lepas main judi ....takkpon buat beli cd "ehem" .....bila jer terbukak ikatan tu...satu ingailan(tangisan yg amat kuat-ikut Kamus yang diberi saudara Haniff) terdengar..rupanya dalam bungkusan tu terdapat satu kepala...bukan kepala kambing,apatah lagi kepala Alien...kepala tu kepala seorang perempuan yang amat jelita..macam Nicole Kidman..tak pun cam Nasya Aziz..


Lan pecut 100 meter..rasanya kalau lah ado time keeper mungkin rekod dunia Montgomery pon boleh pecah...Doni plak pitam terus...jatuh tersungkur dengan penuh machonya...Juki tak yah ceritalah...dengar jer bunyi ingailan(maksud spt di atas) tu, terus dia lari menyorok bawah reban ayam Pak Udin,tokey ayam yg selalu kena main dgn kitorang..ari tu meraso lah Juki betapa licin dan 'umph' nya tahi ayam kat situ...

Aku lak..mungkin korang tertanya-tanya apa terjadi kat aku....yer lah..dengan kemacholan,keeksyenan,keelegenan,dan kesamsengan aku nie apa lah yg aku buat ketiker tu...kalau nak tau terpaksalah korang tunggu 2 minggu lagi...aku tak paksa tau..nanti korang cakap kat mak bapak korang aku paksa...kalu aku tau dengan korang dengan mak bapak korang aku jual kat Siam...korang jgn main-main dengan aku...Kelantan tu aku yang punya...setakat polis tu tak payah nak celen aku...



*.amacam, lucu ker? tunggu sambungan tak lama lagi dalam :

Aku Samseng Kampung Part 2: Maruah seorang samseng
Aku Samseng Kampung Part 3 : Aku Masih samseng
Aku Samseng Kampung Part 4: Samsengkah aku ?
Aku Samseng Kampung Part 5: Berakhir satu perjalanan, insafnya seorang samseng

Suatu Masa Bahagian 1: Aku & Erin

Suatu Masa Part 1 : Aku & Erin

Kini umurku sudah menjangkau 19 tahun.Kata orang, umur macam nie lah kehidupan baru nak bermula.Aku tak pasti , aku tak kisah...bagiku ,kehidupanku tetap sama...rutin harianku takkan berubah walaupun masa dan keadaan berubah.itulah tanggapanku selama ini sehinggalah tiba "Suatu Masa" di mana aku bukan lagi aku. Mungkin cerita ini menjadi igauan bagi para pembaca namun bagiku, cerita ini satu pengalaman paling indah buat diriku.Aku tak pasti apakah ianya akan berulang kembali, namun aku hanya berharap agar dia bahagia disana, dan rohnya dicucuri rahmat .

Hari itu , tanggal 8 March...aku baru sahaja selesai menghadiri kuliahku . Aku berjalan menuju ke bus-stop sambil memikirkan tentang assingment yang diberikan oleh lecturerku...Jam menunjukkan pukul 7.30 malam.Inilah kali pertama aku balik pada lewat malam .Kebiasaannya , kuliahku tak pernah habis lewat,tapi hari ini mungkin takdir ingin menunjukkan kekuasaannya.Aku sendirian di Bus-Stop itu.Minit berlalu demi minit.Bas yang dinanti tak kunjung tiba.Dalam kepasrahan , aku tetap sabar menanti.Dengan tiba-tiba , aku tercium satu haruman yang rasanya pernah kutemui suatu ketika dulu.Aku mencari punca haruman itu.Rupa-rupanya ia berasal dari seorang gadis yang duduk di hujung bus stop itu.Aku kehairanan kerana sebelum ini aku pasti tiada orang disitu . Aku cuma tersenyum kepadanya dan dibalas dengan satu senyuman yang kurasakan sangat manis dan menawan . Aku melihat ke baju gadis tersebut . Perkataan USM tertera dengan jelas.Mungkin dia sama kampus denganku.Aku tak mahu berpikir panjang dengan hal itu.Aku kembali berfikir tentang assignmentku...akan tetapi bas tiba menyebabkan ideaku terbantut .Gadis itu juga menuju ke bas tersebut.Sebagai seorang yang boleh dianggap gentleman , aku berikan laluan kepada gadis itu....

Namun , nasib kami berdua sama-sama malang.Bas tersebut dipenuhi penumpang .So, terpaksalah kami berdiri.Yang bestnya,aku berdiri di belakang gadis tersebut ,so keharuman wangian gadis itu menusuk terus ke kalbuku.Aku tersenyum dan response yang diterima agak baik . Keayuan mata gadis itu menyebabkan aku terpaku.Buat pertama kalinya aku menjadi berani dengan sorang insan bernama Perempuan .Aku bertanyakan namanya,umur dan course yang diambilnya di USM.Dengan satu senyuman ,dia menjawab "Awak nak mengurat saya ker ? "..

Kata-katanya menyebabkan aku terpaku tapi sebagai bakal seorang peguam , aku membalas " Awak rasa awak sedang dimengurat oleh saya ker ? " .Kami sama-sama tergelak .

Rupa-rupanya akibat kejelitaan gadis tersebut aku lupa tentang sesuatu iaitu orang di sekeliling . Mereka asyik memandang aku,seolah-olah aku gila ataupun kurang siuman.Perbualan ku dengan Erin bertambah panjang...sehinggalah kami tiba di Kg. Wawasan , Erin meminta izin untuk turun ,dan aku mengambil kesempatan ini untuk menghantarnya pulang.Lagipun, rumahku tak jauh dari situ.

Aku turun , Erin pun turun.Kulihat wajahnya sedih .Aku bertanyakan masalahnya...Erin lantas bertanya, "Awak pernah gagal dalam hidup tak ?"

Aku pelik , tapi tetap kujawab soalan itu, "Gagal ? Kenapa awak kisah sangat tentang hal ni...awak sekarang kan mahasiswi USM.."

Erin tergelak.Dia menjawab,"Sebenarnya awak tak faham.Saya nie orang yang gagal.Dulu,saya impikan kerjaya doktor,tapi takdir tak mengizinkan.Saya gagal mencapai cita-cita tu."

Aku lagi heran.Kalau bukan jurusan doktor,apa course yang dia ambik kat USM.Tapi , dengan sedikit ilmu kaunseling yang aku ada , aku cuba memberikan nasihat, "Tadi kan saya dah kata...jangan kisah sangat tentang hal gagal atau tak.Selagi awak adalah awak , gagal atau tak awak tetap sama.Jadikan kegagalan semalam sebagai satu semangat untuk awak menghadapi hari esok".

Aku tak percaya.Sumpah aku tak percaya ayat tu keluar dari mulutku.Aku menyambung ,"Saya sendiri pun pernah gagal.Tapi saya tak pernah ambil pusing semua tu.Saya ni tak ramai kawan,terutama ladies macam awak nie.Bila saya menghadapi kegagalan,saya cuba hiburkan hati saya sendiri.Nak harapkan orang , tak payahlah..mereka cuma tahu nak kenakan kita , bila kita bermasalah lagi diorang malas nak campur."

Erin terkejut.Mungkin tak menyangka jawapan dariku sampai begitu sekali.Dia tersenyum.Dalam keredupan cahaya rembulan ,senyumannya cukup memikat.Hatiku berdebar-debar.Mungkinkah ini dinamakan cinta ?

"Erin rasalah,awak nie cukup matang,tak macam orang lain yang Erin bawa balik.Awak lansung tak sama dengan mereka".

"Macam org lain yg dia bawa balik ?" aik,dia nie org baik2 ker atau "***" ?

Aku confused ,tapi dia menjawab,"Sebenarnya ,Erin bukan Erin lagi.Erin dah meninggal suatu masa dahulu.Masa tu ,Erin tengah tunggu papa kat pagar USM ,tapi...." kata-katanya tersekat.

Aku bingung.Sumpah aku tak paham.Kalau dah meninggal , apasal ada lagi ..kot-kot..? alamak ,hari nie aku salah naik bas ker....pelik jer budak perempuan nie..

Erin menyambung "Masa papa datang ,Erin nak lintas jalan , tapi ada sekumpulan budak muda tengah lumba motor ,dan sorang dari mereka telah melanggar Erin.Erin tak mati , tapi kaki Erin lumpuh .Erin tak boleh jalan lagi !".Erin menangis.Aku sendiri turut hiba.Dajal betul budak-budak motor nie.Nak aniaya orang aje kerjanya.Tapi kan , kalau dia tak boleh jalan , skrng nie nampak okey jer ? Buat pembedahan kot ?

Aku bertanya,"Lepas tu, apa terjadi dengan awak ?"

Erin berpaling ,memandang bulan purnama yang memancarkan sinarnya di angkasa.Dengan langkah yang lesu,dia memulakan bicara,"Erin tak dapat jalan lagi.Impian Erin musnah.Erin tak dapat jadi doktor.Impian papa dan mama tak kesampaian.Erin tahu mereka sedih , tapi Erin tak dapat buat apa2."

Aku hiba.Nasib Erin tak sebaik ku.Walaupun aku tak ramai kawan , tapi aku tetap ada kawan yg menyokongku dari rebah.Tapi dia lain.Dia dah hilang pegangan hidup.Tapi,jika diberikan peluang,ingin aku muncul dalam dirinya,membantu sekadar termampu.

Erin menyambung,"Bila Erin dah tak tahan lagi ,Erin pun ambil satu keputusan...Erin..n.."

"Cukup tu ! Saya tak nak dengar lagi cerita awak",aku mencelah dengan pantas, .Aku berkata dengan lantang bukan kerana tidak mahu mendengar ceritanya, tapi hanya kerana aku telah dapat menduga kesudahan cerita itu.Seorang gadis,cantik,bijak,dan disayangi keluarga,tiba-tiba hilang segala-galanya,apakah yang dapat dilakukan selain"meninggalkan alam ini " ?Bodoh ,bodoh sekali tindakannya itu .Tapi ,emosiku perlu dikawal.Aku bukan berkelahi dengan gadis biasa,tapi gadis yang"supernatural"(hantu le tu).

"Kenapa awak bodoh sangat, hah ? Awak tahu tak yang awak dah menyusahkan semua orang , tak kisahlah kalau awak dah tak sayang nyawa awak , tapi bagaimana dgn papa dan mama awak ?Dapat ker mereka hidup tanpa awak ?",aku cuba memancing Erin supaya meluahkan terus perasaan hatinya padaku .

"Papa dan Mama ?"Erin memandangku terus.."Sebab sayangkan merekalah Erin buat begitu.Erin tak nak mereka jaga Erin sampai Erin mati.Erin dah banyak susahkan mereka.Erin dah tak sampai hati."

"Tapi , Erin ,.....Erin tak patut fikir macam tu.Bunuh diri tu salah Erin.Bumi tak terima jasad kita",Aku hiba lagi.

"Erin dan tak peduli semua tu.Berani buat ,berani tanggung.Erin tak harap orang lain tanggung dosa Erin.

Kata-kata Erin menyebabkan aku terdiam.Kami sama-sama mencari haluan diri,dalam kepekatan malam yang kuharapkan tiada penghujung.



Nukilan rasa, Jin Kampung.

Cerita bersambung disini. Ikuti sambungan kisah tragis ini dalam:

Suatu Masa Part 1: Aku & Erin
Suatu Masa Part 2: Seperti Dulu
Suatu Masa Part 3: Penantian Seribu Tahun
Suatu Masa Part 4: Aku Tetap Menanti

Untuk 'sahabatku' Izyan, walau dimana engkau berada..

Semua orang mempunyai pengalaman masing-masing mengenai dunia hantu ni.Aku pun begitu juga.Kalau boleh,pengalaman ini ingin aku lupakan sahaja,tapi apakan daya hati ini tak berdaya nak melupakannya.Korang tentu pernah dengar tentang Sekolah Agama Naim , kan ? Ya , aku pernah belajar kat sana dulu , dan aku tinggal kat asrama. Disitulah pengalaman ngeri aku bermula.Bila mendapat khabar aku diterima ke Naim,aku sangat gembira.Bila jer masuk mendaftar,aku ditempatkan di satu bilik yang paling belakang ,dan yang bestnya hanya aku sorang jer kat bilik itu.Itulah yang aku ingat sehinggalah bila sampai kat bilik tu,rupanya dah ada orang kat situ.Mungkin ker maklumat yang aku dapat tu salah ? tapi,takpalah,dari sorang lebih baik berdua.

Roomate aku bernama Izyan ,tapi dia lebih senior dariku.Izyan seorang yang periang , tapi kulihat ada cahaya redup dalam sinar matanya.Mungkin ada rahsia yang terpendam tapi belum bleh rasanya aku bertanya apa masalahnya.Minggu pertama berlalu dengan baik bagi aku.Aku dan Izyan menjadi kawan baik,tapi ada beberapa perkara yang aku musykil.Pertama,Izyan kulihat tak pernah sembahyang.Dia selalu keluar setiap kali aku sembahyang.Kedua,kitorang tak pernah berjalan seiringan ke kelas mahupun dewan makan,kecuali pada waktu malam.Tapi,aku tak kisah sangat bab tu.Yang aku tak tahan ialah kenaper dia tak sembahyang.Takkan hari-hari "datang bulan" kot ?Aku pon pompuan aku tahu selok-belok hal nie jugak.

Bila dah hampir sebulan,aku perhatikan Yan mula berubah.Bukan dari segi sahsiah,tapi fizikal.Kulihat rambutnya mula memanjang pada kadar yang menakjubkan.Aku kira dia nie pakai ubat yang best giler,tapi macam mana dia sorok rambut tu bila ke kelas.Aku tak tahu,dan aku pun malas nak jaga tepi kain orang.

Suatu hari,Ustazahku bertanya aktiviti yang sering aku lakukan ketika di bilik.Aku dengan "humble"nya menceritakan tentang sahabatku,Izyan yang sering menemankan aku.Ustazahku tergaman bila nama Izyan disebut.Dia bingung,dia ketakutan.Dengan segera dia meninggalkan kelas tanpa berkata apa-apa.Aku pelik , bebudak kelas aku pun rasa pelik tapi kitorang lagi happy sebab tak yah belajar ari tu .Bila balik ke bilik,aku ceritakan pada Izyan hal tu,tapi response yang kuterima mengejutkan.

"Memang patut pun dia rasa takut.Aku jadi macam nie pun pasal dia la!"Kata Izyan dengan nada yang marah.

"Apa kau cakap ni member,tak baik kutuk orang tau.Dia tu ustazah kita."Kataku pula.

"Ustazah ? Kau tahu apa yang dah dia buat kat aku ?"Izyan menyambung lagi .

"Apa dia ?Aku lihat kau lain macam jer nie.Aku rasa tak selesa la."Kataku dalam nada yang gementar.

"Kau patut takut pada aku.Aku bukan macam kau"kata Izyan.

Bukan macam aku ? Habis tu macam sapa ? Pelik pulak member aku nie.

"Dulu ,ada sorang budak baru masuk Naim nie,"tiba-tiba Izyan bercerita.

"Budak tu,Jawi tak reti,Quran pun setakat boleh baca jer.Tapi budak tu tak kenal erti putus asa .Dia tetap berusaha untuk menjadi yang baik.Tapi,ada seorang Ustazah yang hina budak tu.Dia kata budak tu bodoh , dia kata...,"Izyan terdiam,tak mampu menghabiskan kata-katanya.

Aku pun diam.Peluh dah mula membasahi pipinya.Aku dah rasa pelik,tapi aku tak boleh tunjukkan .Aku dah lihat sendiri.Rambut Izyan memanjang ketika dia bercerita.Aku tahu ada yang tak kena tapi aku kena kontrol perasaan,.

"Budak tu..,"kata Izyan"rasa terhina dengan sindiran Ustazahnya.Jadi ,dia berusaha sedaya upaya untuk maju,tapi suatu malam,ketika sedang asyik menghafal,budak tu tak sedar,dia kat katil tingkap dua.Dia berdiri,lalu....."Izyan diam lagi.

Aku makin diam.Aku dah faham,tak yah lah nak cerita lagi Izyan.Kan aku nangis kan sapa yang susah(sebenarnya aku sendiri yang cari susah,apsal aku citer pasal ustazah tu).

"Roh budak tu tak tenang , dia merayau-rayau di asrama nie,tapi dia tak kacau orang.Dia cuma tak puas hati dengan ustazahnya."Kata Izyan lagi.

"Kenapa,kenapa awak tak puas hati dengan saya ? "Tiba2 satu suara halus kedengaran.Rupanya itu suara Ustazah Fatihah.

"Awak tahu tak , masa mula2 awak masuk saya dah rasa awak ada bakat,awak ada masa depan.Cuma awak perlu berusaha.Saya sindir awak semata-mata nak pastikan awak berusaha",kat Ustazah dengan panjang lebar.

"Berusaha ? Ustazah boleh berkata apa sahaja ketika nie!"Izyan menjawab pantas.Matanya kian merah bak saga.

"Awak tahu tak ,saya sendiri tak tenang lepas awak pergi sebab.."Ustazah diam lagi.

"Sebab apa,hah ? Sebab tak ada orang lain awak nak maki ?Izyan berkata ,keras dan tegas.

"Sebab awak adalah anak murid kesayangan saya,awak tak ubah macam anak saya !"Ustazah menangis teresak-esak.

Izyan tertunduk.Dia tahu Ustazahnya ikhlas.Pada ketika itulah,bayang-bayang Izyan mula hilang.Mugkin rohnya telah tenang,hasil pujukan dari Ustazah.Sambil tersenyum,Izyan berkata"Erin , terima kasih kerana menjadi kawan Yan selama nie.Yan rasa bahagia".

Aku pun begitu.Jasad Izyan tak kelihatan lagi.Ustazah berkata"Saya yang salah.Saya tak patut simpan rambutnya sebagai kenangan".

Aku terkejut.patutlah rambut Izyan kelihatan panjang.Rupanya ustazah menyimpan rambut Izyan yang telah terputus ketika kepalanya dipenggal oleh kipas asrama.Mungkin,sebab itulah Izyan tak tenang.

Sahabatku , Izyan,walau dimanapun kau berada aku pasti kau gembira.Al-fatihah ini aku hadiahkan untukmu,semoga persahabatan kita kekal abadi.Walau apapun dikau,walau siapapun dikau,bagiku , tiada lagi Izyan yang kedua.

Kepada pembaca coretan ini,ingatlah,persahabatan perlu dihargai kerana ia adalah harta yang tak ternilai dalam dunia ini.

Hasil Nukilan , Jin Kampung

Di Sebalik Kenyataan

Kenyataan ,satu perkataan yang cukup indah tapi pahit bila mengenangkannya.Aku bukannya orang biasa yang sering tunduk pada kenyataan tapi akhirnya perlu ku akui yang prinsipku selama ini telah diungkaikan oleh seorang lelaki bernama Iblis a.k.a hantu(aku pun lelaki jugak).

Hari tu ,kalau tak silap aku mungkin 13 Jun . Satu tanggal yang menarik kerana hari itu adalah hari jadi aku.Aku tak tahu macam mana nak sambut hari nie ,so aku ronda-ronda bandar Kota Bharu.Sedang aku membawa kereta dengan gaya yang silih berganti,aku terlihat kelibat seorang lelaki yang sedang pengsan di tengah jalan.Yang pastinya itu bukan adik aku sebab adik aku dah balik ke hostel.Aku mem"brek" kan kereta di tepi jalan untuk melihat dengan lebih dekat.Aku cuba membangunkan lelaki tersebut tapi tidak berjaya.Aku ingat mungkin dia nie mabuk kot.Aku cuba lagi ,kali ni dia bangun dan bertanya dimana dia berada.Aku menawarkan pertolongan untuk menghantarnya pulang dan disambut dengan baik.

Lelaki tersebut , Azri bertanya dimana dia berada.Aku heran.Takkan mamak nie tak tau dia landing kat Tjg. Chat .Mungkin dah teruk sangat mabuk budak nie.Tapi , akibat prinsipku yang menolong sesiapa sahaja , aku pun menjawablah dengan nada yang cukup baik ....

"Kau sekarang kat Tanjung Chat nie.Macam mana kau tak perasan ?

"Tanjung Chat yer ..Ingatkan dah sampai kat rumah"kata Azri.

"Rumah kau kat maner,"aku bertanya lagi.

"Kat depan tu jer , kau pandu terus , lepas tu belok kanan,terus sampai" katanya ,berlagak macam la aku nie driver dia.

Jalan terus dan pusing kanan ? Kan kat situ tanah perkubur ..an?Budak nie betul ker tinggal kat sana ? Setahu aku la kat situ tanah mati..Banyak sangat benda2 pelik sampai tak ada orang nak tinggal kat situ.

Aku teruskan bawak kereta.Azri aku lihat makin tersenyum.Aku makin pusing.Aku tak percaya pada hantu.Aku tak pernah lihat hantu.Kenyataannya,aku BUKAN TAK TAKUT HANTU.Tapi , budak sebelah aku nie nampak pelik jer.Makin dekat dengan tanah mati tu , makin dia gembira.Akhirnya , sampai jugak kitorang kat sana.

"Terima kasih sebab hantar saya.Jemputlah kerumah.Kitorang sedang kenduri nie."Kata Azri,mempelawa dengan ikhlas.

Kau ingat aku bodoh ke ?Mana ada orang kenduri dalam hutan nie ? Tak pun, kau nak kenduri aku ? Habis ! lebih baik aku blah sekarang.

"Takpelah , hari nie saya puasa !".Bodoh sekali alasan aku.mana ada orang puasa malam hari ,tapi tu jer alasan yang keluar dari mulutku.

"Yer ker ? kalau macam tu takpelah...haaaa.aaa..aaaa.haaaaa".Azri ketawa dengan kuatnya dan melayang ke angkasa.

Haaaa.aaa..aaaa..aaaaa

Aku tak pikir lagi .Aku cuba hidupkan kereta,tak berjaya.Tiba-tiba,aku lihat warga kubur bangun dari penjara yang memenjara mereka.Semuanya menuju ke arah aku .Aku panik. Ya Allah ! selamatkanlah hambamu ini.Suara tangisan bayi kedengaran.Serigala mengila di pergunungan.Anjing menyalak tanpa henti.Dan aku , terpenjara dalam suatu kenyatan yang aku ragui sebelum ini.

Nukilan Rasa , Jin_Kampung

SembangCara: Salahkah Aku Hantu?

( Temuramah ini diperolehi oleh wartawan berani mati kami Langsuir yang mempertaruhkan nyawanya untuk menemuramah hantu Pocong Zaidi yang kini popular dengan Lagu Abang Zaidi . Semoga semangat Langsuir ini akan dicontohi oleh semua wartawan kami yang lain terutamanya Si Toyol yang kerjanya hari-hari dok "curi" tulang . )


Sejenak bersama tetamu Sulung MisteryNusantara.com , Hantu Pocong Zaidi , meninggal ketika sedang whilley motor.Subhanallah

Langsuir: Apa khabar anda hari ini ?
H.P Zaidi: Baik sahaja,walaupun dah mati tapi kira sihat lagilah..

Langsuir: Dah lama ke Encik Zaidi jadi hantu nie ?
H.P Zaidi: Lama tu tak juga , tapi ada la dalam 7 tahun..

Langsuir: Lama tu...En. Zaidi kata tadi nak komen pasal sesuatu..apa tu ?
H.P. Zaidi: Ya,betul tu.Zaman sekarang nie ramai dah tak percaya kat kitorang...ada gak yang kata kitorang jahat lah,suka usik orang,suka aniaya orang...sebenarnya mereka tu tak faham...kitorang tak pernah mintak dilahirkan begini..kalu boleh..kitorang memang nak pergi terus ke neraka tapi apakan daya bumi tak nak terima kitorang..dah lah kitorang kena hukum jadi hantu..korang semua plak kutuk-kutuk kitorang...hati mana tak hancur..jiwa mana tak terusik..bila kitorang usik korang pun..tu pasal korang jugak yang suruh..pakai bomoh laa..pakai jampi siam lahhh...kitorang tak salah..korang yang salah..korang yang paksa kitorang jadi jahat.Lepas tu , korang salahkan kitorang...korang tak adil..korang cekik darah..zionis...komunis...kartunis,....

Langsuir: Kot yer pon jangan ler emotional sangat En. Zaidi...Last Sekali ,apa harapan En. Zaidi untuk tahun nie ?
H.P. Zaidi: Harapan yer.. saya harap hantu-hantu macam kitorang nie tak disalah anggap.Kitorang tak pernah harap nak kacau manusia.kitorang tau kitorang dulu banyak buak salah,sebab tu kitorang kena hukum cam nie..tapi kitorang harap masyarakat hantu dapat bekerjasama dengan manusia untuk kepentingan dan kemajuan negara Malaysia.Sekian.

Langsuir: Kemajuan dan kepentingan negara ? Lantak awaklah En. Zaidi.Terima kasih atas kesudian anda untuk diwawancara.
H.P. Zaidi: Sama-sama..ada kenduri jemput le saya yer..

Rumah Usang itu


Ika Hayati , seorang peguam muda yang berjaya dalam hidupnya.Dalam usianya yang masih muda,dia telah berjaya memilikki segala-galanya.Itulah yang difikirkannya selama ini sehinggalah satu tragedi menyedarkan Ika bahawa harta bukan segala-galanya.
Hari itu , mungkin Ika terlupa atau mungkin "fate has it own way to show its power".Ika memandu sendirian , menuju ke satu destinasi iaitu Villa Kencana.Villa itu menjadi rebutan dua pemilik yang mengaku mempunyai hak ke atas rumah itu.Ika ,sebagai seorang peguam,perlu menyelidiki sendiri hal tersebut,jadi dia pun bertanya penduduk sekeliling tentang pemilik rumah itu namun nasibnya malang , kerana tidak ada seorangpun yang sanggup membuka mulut.Mungkin mereka takutkan sesuatu ,tapi Ika sendiri tak pasti.

Akhirnya ,dari seorang wanita itu , Ika mendapat sedikit petunjuk mengenai Villa itu,dan ianya amat mengejutkan.Villa Kencana,suatu masa dahulu adalah dikenali dengan nama " Villa Kematian" .Mendengar nama itu , Ika kecut perut,tapi dia tetap memberanikan dirinya yang memang penakut tu.

Suatu masa dahulu Villa Kencana dimilikki hartawan Haji Syed Ikbal ,dan dia tinggal bersama isteri dan 3 orang pembantu rumahnya.Kehidupan mereka bahagia ,sehinggalah satu tragedi aneh berlaku.Secara tiba-tiba , kesemua penghuni rumah itu menghilangkan diri.Seluruh pendudk kampung gempar .Khabar angin meletus bagai air mencurah.Ada yang mengatakan mereka lari dari hutang , tak kurang juga yang mengatakan mereka semua diculik bunian.Selepas siasatan pihak polis , tiada bukti mahupun bukti untuk menunjukkan dimana mereka berada.Kes itu menjadi meisteri sehinggalah 3 bulan selepas itu,satu bau busuk menyelubungi satu kampung.

Semua orang pelik.Bau itu datang dari rumah Haji Ikbal.Dengan penuh nekad,penduduk kampung menyelidiki rumah itu dan apa yang mereka temui mengejutkan.Di satu ruangan bawah tanah terdapat 5 mayat yang telah reput .Kini , satu misteri telah terungkai,tapi timbul satu misteri baru ,siapa yang membunuh kelima-lima penghuni rumah itu ?

7 tahun berlalu , penghuni baru berpindah ke situ.Encik Hasyim , seorang peguam yang berjaya dan baru mendirikan rumahtangga berpindah ke Villa itu untuk kesenangan isterinya.Kehidupan mereka juga bahagia.Namun ,pada satu malam , penduduk kampung dikejutkan dengan satu tangisan yang cukup nyaring,datangnya dari Villa Kencana.Dengan pantas,penduduk kampung menuju kesitu ,dan apa yang ditemui memeranjatkan.En. Hasyim kelihatan sedang memegang kepala isterinya yang telah terputus dari badannya.Tangan En. Hasyim terketar-ketar.Penduduk kampung menangkap En.Hasyim kerana menyangka dia membunuh isterinya.Sewaktu dalam penjara,En Hasyim asyik menjerit dia tak bersalah,tapi "benda" tu yang bunuh isterinya.En. Hasyim dihukum gantung,dan sehingga akhir hayatnya dia tetap mengatakan dia tak bersalah.

Ika diam.Dia menelan air liur.dalam hati , Ika berkata,"Aku nie peguam , semua kes aku boleh handle , tapi yang nie lebih baik aku cabut.Lantak dioranglah nak bergaduh ker , apa ker .Dari cari susah , lebih baik aku jangan campur hal ghaib2 nie"

Keputusan Ika muktamad.Dia tak akan campur hal perebutan Villa itu.Kalau clientnys masih nak tuntut "Villa Kematian "tu , lantak dialah.

Keputusan Ika tepat.Tak lama selepas itu , terdapat berita bahawa dua orang lelaki meninggal di Villa itu.Khabar angin mengatakan mereka saling bunuh-membunuh untuk merebut hak rumah itu,tapi Ika tahu ada satu rahsia di sebalik semua ini tapi biarlah dia mendiamkan diri ,seperti orang lain.Kadangkala , membisu adalah lebih baik dari bersuara.


Nukilan rasa , Bekas Peguam (Jin Kampung)

Selamat Datang ke Blog Jin Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat blog ini. Tujuan penghasilan blog ini adalah untuk berkongsi cerita-cerita menarik hasil karya saya yg dipaparkan dalam banyak laman web. Saya mengalu-alukan sebarang komen, cadangan, kritikan, mahupun kutukan dari pelawat-pelawat sekalian.